Sunday, December 11, 2011

asyik ber facebooking 24 jam???? jom join #DGGilaInternet sales sekarang!!!!!!

campaign image

klik sini untuk sama-sama merasai kemeriahan sales DG Gila Internet.. Korang sentiasa nak ber facebook, tweet, asyik nak update makan apa, kat mana, buat apa, pergi mana, nak tidur pun nak update facebook? haaa..memang sesuai sangatlah tu sales DG ni untuk korang...
Jimat sehingga 80% ! kalau nak merasa pakai handphone terkini dari  Samsung, HTC atau Blackberry smartphones, boleh dapatkan DG Smart Plan™ 68 hanya  RM48/sebulan.
Nanti dulu, ada lagi barang FREE....FREE Internet goodies sedang menanti anda...lagi lagi gila gila  FREE Facebook/Twitter SMS dan  music downloads. Cuma reload RM15 dengan  DiGi Super Reload.



Kalau nak tahu lebih lanjut tentang gila offers ni boleh lah klik sini Gila kan?

Thursday, December 1, 2011

WELCOME TO JOHOR PREMIUM OUTLET


Yang ditunggu-tunggu dah tiba!!!!!! akhirnya JPO dibuka pada 01/12/2011.  harap-harap adalah apa yang aku cari..  JPO antara kebanggaan yang ada di Johor terutamanya Kulaijaya.. Kulaijaya ni dulu dikenali sebagai Kulai jer, iya betullah tu.. Kulai yang kampung halaman Mawi dan Que Haidar tu ler... kalau korang orang kulai tak tau camana nak gi JPO ni, senang jer... masuk kat area Indahpura guna jalan terus dari IOI Mall, terus lagi untuk ke Sekolah Foon Yew, JPO ni depan Foon yew tu jerk.. kita orang kulai takkan ler nak masuk highway pulak kan.. JPO akan dirasmikan pada 11/12/2011... selamat datang ke kulai!!!!!!

baby boy ke baby girl.....

Entry ape pulak lah ni.. baby boy ke baby girl.. kepada bakal-bakal ibu dan ayah atau bakal ibu dan ayah sekali lagi.. nak tahu baby yang bakal lahir boy atau girl boleh la ikut carta ramalan ni.. tak,bukan bukan ni bukan meramal nasib atau meramal masa depan, tapi ni berdasarkan kajian. sape yang nak cuba, bolehlah cuba kat SINI .gambar kat atas tu ialah Nur Adriana anak aku yang kedua..

Monday, November 21, 2011

KEK MARBLE

dah lama teringin nak buat kek marble ni. dah 13 tahun berjinak-jinak buat kek, baru semalam (20112011) merealisasikan impian aku untuk buat kek marble ni.. sebelum ni buat kek coklat tak habis-habis.. aku malas nak buat kek ni sebab macam senang jer(tapi sebenarnya susah rupanya), mak aku pon panggil kek ni kek 1,2,3 sebab senang katanya. sekali aku buat hmmm...not bad makan panas-panas lagi ler sedap tak hingat..resepi aku amik kat blog kegemaran aku ler kat sini. Maaf lah yer, gambar kurang memuaskan.
Posted by Picasa

SUP STEW KAMBING

Ni first time aku dengar dan rasa sup stew ni... mula-mula malu-malu nak rasa sebab pakcik tu bagi free trial..hehehehe.. dengan alasan 'takpelah, saya dah kenyanglah pakcik'.. mane taknya, dah sepinggan nasi beriyani aku makan, pakcik tu boleh promote plak menu baru dia.. semangkuk stew dan 2 keping roti.. en diet, sila ketepi saya rasa stew ni macam lagi sedap daripada nasi beriyani tadi...hehehehe.. tak sia-sia pakcik tu bagi aku try, memang superb stew ni, siap tapau nak makan kat umah pulak, tapi yang tapau ni berbayar ler, kesian sekian pakcik tu penat jer promote kalau aku tak beli... siap berjanji ngan pakcik tu, 'nanti saya publish kat fb ngan blog saya ye pakcik'...kalau korang nak rasa juga, boleh lah mengunjungi gerai pakcik anuar ni kat GERAI MDK kat kulai besar tu... nama kedai NASI BERIYANI ANUAR..berani tak berani lah aku nak gi lagi kedai pakcik ni, tapi bukan makan nasi beriyani, makan sup stew kambing superb... finger licking good..
Posted by Picasa

Sunday, November 20, 2011


Antara menu yang paling aku suka masak ialah asam pedas.. berikut adalah resepi asam pedas aku.

BAHAN-BAHANNYA;
ikan siakap 1 ekor (boleh diganti dengan ikan lain ~ ikut suka) ketepikan

bahan A;
lada kering 200gm
bawang merah 12 biji
bawang putih 5 biji
kunyit hidup 2cm
belacan 4cm

Daun kesom secekak
bunga kantan 2 kuntum (belah 2)
serai 2 batang (dititik)
garam secukup rasa
gula secubit
chicken stock 1 sudu teh
asam jawa segenggam dicampur dengan 2 cawan air (ikut suka nak masam ke tak)
CARA-CARA;
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan A yang telah dikisar halus hingga harum, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan, serai. Masak hingga ikan masak, tambah daun kesom dan perasakan dengan garam,gula dan chicken stock secukupnya.
  3. Hidangkan bersama nasi (selain dari nasi, saya suka makan asam pedas dengan roti canai atau roti sandwich).
Posted by Picasa

Thursday, November 17, 2011

sape nak GALAXY TAB!!!!!!!!


senang jer, gi kedai beli TINGE jap, amik serial number tu, dah boleh register untuk main games kat fb... iye, main games senang jer kan, main games dapat hadiah..tunggu ape lagi..let's jom!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...