Monday, November 21, 2011

KEK MARBLE

dah lama teringin nak buat kek marble ni. dah 13 tahun berjinak-jinak buat kek, baru semalam (20112011) merealisasikan impian aku untuk buat kek marble ni.. sebelum ni buat kek coklat tak habis-habis.. aku malas nak buat kek ni sebab macam senang jer(tapi sebenarnya susah rupanya), mak aku pon panggil kek ni kek 1,2,3 sebab senang katanya. sekali aku buat hmmm...not bad makan panas-panas lagi ler sedap tak hingat..resepi aku amik kat blog kegemaran aku ler kat sini. Maaf lah yer, gambar kurang memuaskan.
Posted by Picasa

SUP STEW KAMBING

Ni first time aku dengar dan rasa sup stew ni... mula-mula malu-malu nak rasa sebab pakcik tu bagi free trial..hehehehe.. dengan alasan 'takpelah, saya dah kenyanglah pakcik'.. mane taknya, dah sepinggan nasi beriyani aku makan, pakcik tu boleh promote plak menu baru dia.. semangkuk stew dan 2 keping roti.. en diet, sila ketepi saya rasa stew ni macam lagi sedap daripada nasi beriyani tadi...hehehehe.. tak sia-sia pakcik tu bagi aku try, memang superb stew ni, siap tapau nak makan kat umah pulak, tapi yang tapau ni berbayar ler, kesian sekian pakcik tu penat jer promote kalau aku tak beli... siap berjanji ngan pakcik tu, 'nanti saya publish kat fb ngan blog saya ye pakcik'...kalau korang nak rasa juga, boleh lah mengunjungi gerai pakcik anuar ni kat GERAI MDK kat kulai besar tu... nama kedai NASI BERIYANI ANUAR..berani tak berani lah aku nak gi lagi kedai pakcik ni, tapi bukan makan nasi beriyani, makan sup stew kambing superb... finger licking good..
Posted by Picasa

Sunday, November 20, 2011


Antara menu yang paling aku suka masak ialah asam pedas.. berikut adalah resepi asam pedas aku.

BAHAN-BAHANNYA;
ikan siakap 1 ekor (boleh diganti dengan ikan lain ~ ikut suka) ketepikan

bahan A;
lada kering 200gm
bawang merah 12 biji
bawang putih 5 biji
kunyit hidup 2cm
belacan 4cm

Daun kesom secekak
bunga kantan 2 kuntum (belah 2)
serai 2 batang (dititik)
garam secukup rasa
gula secubit
chicken stock 1 sudu teh
asam jawa segenggam dicampur dengan 2 cawan air (ikut suka nak masam ke tak)
CARA-CARA;
  1. Panaskan minyak dalam periuk, tumis bahan A yang telah dikisar halus hingga harum, tumis hingga terbit minyak, guna api sederhana.
  2. Tuang air secukupnya, kacau dan biar mendidih. Masukkan ikan, tuang jus asam jawa dan masukkan bunga kantan, serai. Masak hingga ikan masak, tambah daun kesom dan perasakan dengan garam,gula dan chicken stock secukupnya.
  3. Hidangkan bersama nasi (selain dari nasi, saya suka makan asam pedas dengan roti canai atau roti sandwich).
Posted by Picasa

Thursday, November 17, 2011

sape nak GALAXY TAB!!!!!!!!


senang jer, gi kedai beli TINGE jap, amik serial number tu, dah boleh register untuk main games kat fb... iye, main games senang jer kan, main games dapat hadiah..tunggu ape lagi..let's jom!

NAPBAS 2011



Ape tu? Haaaaaa..inilah yang ditunggu oleh para pemilik blog.. nak tunggu blog aku yang tersenarai memang lama lagi kot. so, dikesempatan ini ingin saya memaklumkan bahawa jomlah kita vote HANIS ZALIKHA aka HAMIS JALIKHA (inibelogsaya.blogspot.com)  kat sini AWARDS NUFFNANG 2011..  HANIS ZALIKHA tercalon bagi kategori MOST INFLUENTIAL BLOG.  Calon-calon pertandingan pon hebat-hebat dari Singapore, Malaysia, Australia, Philippines, Hong Kong, dan China.  Apa tunggu lagi, selama ni cuma baca dan follow je blog hanis, so sekaranglah masanya nak tunjukkan kasih sayang yang tak berbelah bagi tu..hehehe... Rasanya aura Hanis sekarang dah mengalahkan aura Mawi kot.. bole lah dikategorikan sebagai TSUHANIS sebab dulu kan tsumawi... 

Cara-caranya :
1. click kat sini

2. Tekan dekat Most Influential Blog.
3. Select inibelogsaya.
4.Turun ke bawah (scroll) dan tekan 'cast your votes.'
5. Dan nanti ada satu message akan appear 'Please come back after 2 hours to vote.'
6. Lepas 2 jam, ulang balik cara-cara ni.

KANCHANA

KANCHANA... ni antara movie tamil yang best pernah aku tengok.. aku memang suka tengok cerita tamil sebab unpredictable ending..lain yang korang teka, lain ending dia.. movie kanchana ni memang tak rugi kalau tengok, aku tengok pun kat ASTRO FIRST.. dah macam kat dalam cinema ngan adik-beradik 6 orang + ipar duai 2 orang.. yang terjeritnya lain, ketawa lain.. lepas tengok movie ni macam tertunggu-tunggu pulak next tamil movie kat astro first.

DI BALIK TABIR AKU BUKAN TOMBOY (Part 1/2)

 kalau ade SCHA memang best ler jdnye filem ni... happening..

Wednesday, November 16, 2011

panasnye.....

ade yang suka bila cuaca panas, ade yang tak berapa nak suka bila cuaca kat luar tu panas.. tp bagi surirumahtanggasepenuhmasa mesti suka cuaca panas sebab kain 3 bakul kat dapur tu, kalau sidai kat luar dengan cuaca mcm ni sekejap jer bole kering.. dulu masa study, bila sidai kain waktu panas terik kengkawan akan cakap...'wah bestnya, rangup ler baju aku hari ni'....jangan kata kering, siap rangup lagi..
aku yang kat ofis ni pon rasa mcm nak balik jap sidai kain, tp risikonye sangat ler tinggi, balik sidai kain, tup tup tengah buat keje kat ofis hujan berderai, sape yang nak tolong angkat kain di jemuran?

UPSR 2011


ibu-ibu bapak-bapak adik-adik yang amik exam UPSR bole ler semak keputusan korang hari ni ye (17 Nov 2011) sehingga jam 12 tgh mlm 23 Nov 2011.. kalau dah tau via sms, g sekolah amik result xde ler berdebar-debar semacam siap berpeluh bagai... relax jer, dah tau result kan...

Monday, November 14, 2011

jom naikkan trafik blog!!!

banyak jugak ilmu yang aku dapat dalam masa nak belajar cara-cara buat blog ni.. belajar buat blog dapat gak belajar buat side income..


Cara-Cara Nak Naikkan Trafik Blog
Terima Kasih Tuan Rumah for the good info.. Saya pun berminat untuk men'CUBA'
Cara-cara seperti berikut :
1. Tulis posting artikel seperti posting ini, atau copy-paste artikel ini.
Kemudian beri tajuk yg menarik.
2. Anda hanya cuma meletakkan Link URL di bawah ini
untuk artikel yang anda tuliskan dalam blog / web anda.














14- azimah

haaa..tuh dia...JAP3!!!..ada lagi..
PERATURAN....
1. Sebelum anda meletakkan web-web di atas di komuniti Link URL ke posting web / blog anda, sila hapuskan link nombor 1.
Selepas itu pindahkan Link no.2 menjadi no.1,
yang No.3 jadi No.2,
yang No.4 jadi No.3
dan seterusnya.
Setelah itu masukkan link anda di urutan bawah (No.15).

2. INGAT!! Jangan Ubah urutan daftar link itu.Jika setiap blogger mengikuti formula tersebut, maka bakal menghasilkan backlink seperti berikut:
Bila posisi anda pada no.15, jumlah backlink = 1
Posisi no.14, Jumlah backlink = 5
Posisi no.13, Jumlah backlink = 25
Posisi no.12, Jumlah backlink = 125
Posisi no.11, Jumlah backlink = 625
Posisi no.10, Jumlah backlink = 3,125
Posisi no.9, Jumlah backlink = 15,625
Posisi no.8, Jumlah backlink = 78,125
Posisi no.7, Jumlah backlink = 390,625
Posisi no.6, Jumlah backlink = 1,953,125
Posisi no.5, Jumlah backlink = 9,765,625
Posisi no.4, Jumlah backlink = 48,828,125
Posisi no.3, Jumlah backlink = 244,140,625
Posisi no.2, Jumlah backlink = 1,220,703,125
Posisi no.1, Jumlah backlink = 6,103,515,625
macam itu saja..
Jom kita cuba sama-sama..
Tengok, jadi ke tak... :)









Thursday, November 10, 2011

buah cempedak di luar pagar.....

ambil galah tolong jolokkan, saya budak baru belajar....dah setahun lebih buat blog ni.. setahun lebih jugak menyepi.. lepas baca artikel redmummy.com rasa teruja plak nak update blog.. aku cuba luangkan sikit masa untuk belajar dari blogger lain,sikit2 lama2 pandai kot...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...